Sweetness
Kerjaya Doktor Lepasan SPM

INFO & PANDUAN RINGKAS KERJAYA DOKTOR


Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),  perlu menghabiskan masa:

1. Setahun di Matrikulasi atau Pusat Asasi. Mungkin 2 tahun bagi pelajar STPM.

2. Jika keputusan Matrikulasi atau STPM cemerlang, maka  perlu menghabiskan masa 5 Tahun belajar dalam bidang Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di Universiti Tempatan. Mungkin 6 Tahun belajar doktor di beberapa Universiti Luar Negara.

3. Setelah lulus ijazah, adik-adik memasuki dunia Housemanship iaitu selama 2 tahun sebagai doktor pelatih. Jika lulus sebagai doktor pelatih, barulah adik-adik boleh diiktiraf sebagai doktor yang sah untuk berkhidmat di mana-mana hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebagai doktor pelatih, adik-adik adalah dalam kategori kumpulan profesional dan pengurusan UD41. Setelah 2 tahun bertugas sebagai doktor pelatih, maka adik akan dinaikkan pangkat ke Gred UD44 jika tiada sebarang masalah.

Selama 2 tahun berkhidmat sebagai doktor pelatih, adik-adik lepasan SPM ini, tidak boleh berhenti dari kerajaan dan keluar berkhidmat di swasta kerana belum diiktiraf sebagai doktor. Hidup sebagai HO atau doktor pelatih sememangnya agak sukar dan mencabar. Tapi ambil peluang 2 tahun tersebut untuk menimba ilmu dan pengalaman sebanyak yang mungkin dan jangan mudah berputus asa ye.

Adik-adik hanya boleh resign setelah menjadi MO atau pegawai perubatan yang sah.

4. Setelah 5 tahun (termasuk 2 tahun HO) berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia, adik akan dinaikkan pangkat Gred UD48. Semasa MO, adik-adik juga boleh memohon untuk menyambung pelajaran dalam bidang kepakaran masing-masing, jika berminat. Contohnya, doktor pakar sakit puan, pakar kanak-kanak, pakar kesihatan awam dan banyak lagi.

5. Jika berminat belajar doktor pakar di universiti tempatan, adik-adik perlu belajar selama 4 tahun lagi.

#copy and paste

Posted at 9:00 PG | 0 comments
Dugaan Hidup



Dalam gelap aku temui cahaya
Dalam samar aku temui arah tujuku
Dalam  hidup penuh dugaan dan cabaran
Teruslah berdiri dan berlari
Mengejar kehidupan yang kau impikan
Meskipun...KAu jatuh dan rebah
Bangunlah..
Jangan sesekali mengalah
JAngan sesekali berputus asa
Walau apapun dugaannya
Kau perlu kuat
Kau perlu tabah
Untuk mengejar apa yang kau inginkan
Lalui hidup ini dengan tabah
Perjalanan hidup masih jauh dan panjang
YAKINlah ALLAH SWT ada bersamamu..
Semoga ada hikmah di sebalik segala yang berlaku..

Posted at 4:54 PG | 0 comments
Last Day With My Miss Secret
Hi assalammualaikum aku rindu dgn cikgu Ashiela. Dialah penasihat and my private caunsellor :) Hmm see lah gambar gila-gila kami yang tak berapa nak gila ni


Aku yang comel tu, Solha ,Syukri ,Izham , Amirul, Koonling, Kaha, Rizqi  and so onn


Hee see miss this time. Senanya syukri (baju oren ) dengan Rizqi (baju merah tu bukan kelas kami. Busybody je ._.



Terlebih happy go lucky


Macam sewel tukang capture memain lagi .__.

And jangan terkejut sebelum hari terakhir ni ada jugak capture sakan dgn cikgu. Kahkah.


Ini waktu lepas habis exam and ni je pelajar yang hadir untuk kelas kitaorg :)


Tak sempat ,tukang capture dah tekan dengan begitu pantas



Muka solha xp


Atiqah ,Rifhan , Anis, Ngow, Solha ,Cikgu Shiela dan Aku


Cikgu shiela sentiasa di hati kami okay




Ngeh ngeh :3


Ulalala~


Muka gediks kami semuaa :D


Aku, Cikgu, Ngow dan Solha gedik xp



Kahkah xD

Bye assalammualaikum semuaa :)



Posted at 7:48 PTG | 0 comments
Positive


Hidup memang kadang tak indah
Mengapa tak membuatnya menjadi lebih mudah
Maaf bila aku tak sempurna
Kerana beginilah aku adanya

Jangan menyalahkan cinta
Kerana manusialah yang membuatnya tercela
Jangan menyalahkan takdir
Kerana jalan cerita telah terukir

Kali ini sayap-sayapku telah patah
Dan aku terjatuh di lembah antah berantah
Dengan luka yang mengangah
Dan malam tak sedikitpun memberikan cahayanya

Terima kasih karena pernah memberikan cahayamu
Walau hanya setitik tapi aku bahagia menyambutmu
Walaupun engkau memberiku kegelapan itu lagi
Tapi setidaknya cahayamu mampu menghangatkan hatiku
Walau hanya sebentar sungguh aku bahagia

Aku mungkin jauh dari sempurna
Bila ini memang jalanku aku akan terima
Mungkin semua harus berlalu
Dan akan ku kubur sedalam yang aku mampu
Kerana ku yakin semua akan indah pada waktunya

Terima kasih untuk semuanya
Dan biarkan hujan ini menghiburku
Dan rintik-rintiknya seakan sebuah lagu yang syahdu
Menemaniku melewati waktu


Mentari pagi akan menyambutku
Dan aku akan berkata " Selamat datang hari-hari baru"

Posted at 9:22 PG | 0 comments

|

Blah Blah



- END -