Sweetness
Kerjaya Doktor Lepasan SPM

INFO & PANDUAN RINGKAS KERJAYA DOKTOR


Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),  perlu menghabiskan masa:

1. Setahun di Matrikulasi atau Pusat Asasi. Mungkin 2 tahun bagi pelajar STPM.

2. Jika keputusan Matrikulasi atau STPM cemerlang, maka  perlu menghabiskan masa 5 Tahun belajar dalam bidang Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di Universiti Tempatan. Mungkin 6 Tahun belajar doktor di beberapa Universiti Luar Negara.

3. Setelah lulus ijazah, adik-adik memasuki dunia Housemanship iaitu selama 2 tahun sebagai doktor pelatih. Jika lulus sebagai doktor pelatih, barulah adik-adik boleh diiktiraf sebagai doktor yang sah untuk berkhidmat di mana-mana hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebagai doktor pelatih, adik-adik adalah dalam kategori kumpulan profesional dan pengurusan UD41. Setelah 2 tahun bertugas sebagai doktor pelatih, maka adik akan dinaikkan pangkat ke Gred UD44 jika tiada sebarang masalah.

Selama 2 tahun berkhidmat sebagai doktor pelatih, adik-adik lepasan SPM ini, tidak boleh berhenti dari kerajaan dan keluar berkhidmat di swasta kerana belum diiktiraf sebagai doktor. Hidup sebagai HO atau doktor pelatih sememangnya agak sukar dan mencabar. Tapi ambil peluang 2 tahun tersebut untuk menimba ilmu dan pengalaman sebanyak yang mungkin dan jangan mudah berputus asa ye.

Adik-adik hanya boleh resign setelah menjadi MO atau pegawai perubatan yang sah.

4. Setelah 5 tahun (termasuk 2 tahun HO) berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia, adik akan dinaikkan pangkat Gred UD48. Semasa MO, adik-adik juga boleh memohon untuk menyambung pelajaran dalam bidang kepakaran masing-masing, jika berminat. Contohnya, doktor pakar sakit puan, pakar kanak-kanak, pakar kesihatan awam dan banyak lagi.

5. Jika berminat belajar doktor pakar di universiti tempatan, adik-adik perlu belajar selama 4 tahun lagi.

#copy and paste

Posted at 9:00 PG | 0 comments

PAST |

Blah Blah



- END -